Majlis perpisahan (Aini) n sambutan hari jadi (Diya) meriah meriah.... huhuu makanan pun meriah huahauhau............
Aktiviti Kelas, PNP, Dan Maklumat Sekolah.... Sharing Is LoVinG!!
Halwa Telinga 2
Friday, April 15, 2011
Majlis perpisahan sedara kami (PPM) Maraini....
Majlis perpisahan (Aini) n sambutan hari jadi (Diya) meriah meriah.... huhuu makanan pun meriah huahauhau............
Friday, March 18, 2011
Temanku Remaja.....

As-Salam...
Tuesday, March 15, 2011
Selamat Tahun Baru..... 2011
Tetapi bagi yang baru sahaja mendaftar sekolah, atau berpindah dari Tabika Kemas, Pasti, PLK dan macam2 lagi... Pastilah mata bergenang dengan air mata. Yang hero, tahan lasak maintain je macam biasa, yang anak bongsu, baru bersekolah huhuhuhuhu...... macam2 karenah... ada yang menangis berpelukan dgn ibu, ada yang malu2 kucing (ni ok lagi) yang paling ekstrem diam2 blur hihihihihihi......
Tapi kami Guru2 dan PPM dengan 100% tenaga akan berusaha melayan karenah awal pembelajaran mereka di sekolah. Minggu pertama boleh lagi ibu2 bapa2 yang anaknya manja sangat2 tu di temankan dalam kelas, masuk minggu ke 2, ibu2 bapa2 kena memerhati anak2 mereka di luar kelas sahaja. Minggu ke 3 Ha!! ibu2 bapa2 kena duk luar pagar, kalau sanggup lah, menunggu anak2 mereka. Tetapi alhamdulillah!!! ada murid2 yang cepat berdikari. Ada juga yang degil huhuhuh SABAR je lah....
Tapi apa2 pun, banyak kenangan manis bila musim persekolahan tahun baru. Semuanya akan dikenang sampai bila2...... Insya Allah....
Saturday, July 3, 2010
Thursday, June 3, 2010
Tafsir Kejayaan Pada Diri Kita Pembentuk Sinar Motivasi Kita
Mungkin sekarang ini Anda memasang niat mahu berjaya. Dalam fikiran saya, saya andaikan Anda sekarang orang yang sudah bekerja, bukan lagi student.
Bekerja bagi saya, termasuklah yang berniaga sendiri tak kiralah apa jua jenis perniagaan yang Anda lakukan. Asal Anda bekerja mencari rezeki, cari duit, maka Anda adalah orang bekerja.
Kejayaan bagi orang yang bekerja berbagai tahap, terpulang pada mindset masing-masing. Ada orang bekerja menakrifkan kejayaan sebagai satu tahap di mana dia berjaya memiliki kereta berjenama yang mahal, rumah tinggi harganya, jumlah pendapatan yang besar jumlahnya.
Ada orang, kejayaan baginya adalah kejayaan dapat membina insan-insan lain di bawah bimbingannya mencapai tahap berjaya. Orang sebegini sanggup bertungkus-lumus membina kejayaan insan lain kerana mereka sedar kejayaan mereka sendiri terletak di dalam kejayaan insan yang dibentuk oleh mereka.
Kejayaan jenis sebegini saya panggil kejayaan holistik atau disebut kejayaan spiritual. Kita mensasarkan kejayaan bukan untuk memiliki harta benda tapi membuat orang lain memiliki harta benda idaman mereka. Inilah kejayaan yang makin berkembang dair satu tahap ke tahap yang lain.













