Halwa Telinga 2

Thursday, June 3, 2010

Tafsir Kejayaan Pada Diri Kita Pembentuk Sinar Motivasi Kita

Mungkin sekarang ini Anda memasang niat mahu berjaya. Dalam fikiran saya, saya andaikan Anda sekarang orang yang sudah bekerja, bukan lagi student.

Bekerja bagi saya, termasuklah yang berniaga sendiri tak kiralah apa jua jenis perniagaan yang Anda lakukan. Asal Anda bekerja mencari rezeki, cari duit, maka Anda adalah orang bekerja.

Kejayaan bagi orang yang bekerja berbagai tahap, terpulang pada mindset masing-masing. Ada orang bekerja menakrifkan kejayaan sebagai satu tahap di mana dia berjaya memiliki kereta berjenama yang mahal, rumah tinggi harganya, jumlah pendapatan yang besar jumlahnya.

Ada orang, kejayaan baginya adalah kejayaan dapat membina insan-insan lain di bawah bimbingannya mencapai tahap berjaya. Orang sebegini sanggup bertungkus-lumus membina kejayaan insan lain kerana mereka sedar kejayaan mereka sendiri terletak di dalam kejayaan insan yang dibentuk oleh mereka.

Kejayaan jenis sebegini saya panggil kejayaan holistik atau disebut kejayaan spiritual. Kita mensasarkan kejayaan bukan untuk memiliki harta benda tapi membuat orang lain memiliki harta benda idaman mereka. Inilah kejayaan yang makin berkembang dair satu tahap ke tahap yang lain.

Sebelum & Selepas.....



Ruang Makan Pra Sbelum Dan Selepas.... Adalah perubahan yang menyedapkan mata memandang hehehehe....

Monday, May 24, 2010

Pertandingan Mewarna Sempena "Hari ANTIDADAH" S.K Umas-Umas Tawau


Murid Prasekolah terlibat dalam pertandingan mewarna, aktiviti dijalankan di kelas masing-masing. Lihatlah telatah murid-murid Prasekolah dalam menghasilkan karyawarna mereka....


More photo dalam "Aktiviti Prasekolah"

Friday, May 21, 2010

Rehat Minda........


Pelajar : Ustazah, macam mana kita nak kenal Allah?

Ustazah: Terdapat banyak cara untuk kita kenal ALLAH.

Pelajar: Apakah cara-caranya Ustazah?

Ustazah: Antaranya, kita kenal ALLAH dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya.

Pelajar: Macam mana tu?

Ustazah: Cuba kamu lihat langit, bagaimana ia dicipta dan di angkat ke atas?

Pelajar: Ya la ustazah, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya ALLAH SWT.

Friday, May 7, 2010

Prasekolah S.K Umas-Umas Tawau Sabah

Prasekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 di S.K Umas-umas Tawau, terdiri daripada 2 kelas pada masa itu. Tetapi penambahbaikan telah dilakukan dan bangunan Prasekolah telah dibina di tapak sekolah yang masih ada kekosongan.

Prasekolah pada masa itu mempunyai 2 kelas, 2 guru dan 2 orang kontrak PKS untuk membantu guru Prasekolah. Pada Januari 2008, Prasekolah telah di berikan projek perluasan untuk bangunan kelas yang lebih baik. dan Pembantu Pengurusan murid telah menggantikan jawatan kontrak PKS.

Murid prasekolah pada masa itu hanya berjumlah 44 orang dan masih belum membuka mata penduduk Felda untuk menghantar anak mereka ke Prasekolah. Selama ini Ibu bapa hanya menghantar anak-anak mereka di Tadika Kemas.

Pada Januari 2008 Perluasan telah dilakukan sekali lagi di Prasekolah dan Pihak Jabatan telah mewujudkan sebuah lagi kelas prasekolah. Mengikut rekod kemasukan murid, setiap tahun jumlah ibu bapa yang datang untuk mendaftarkan anak mereka di Prasekolah semakin bertambah. Ini menunjukkan prestasi dan tarikan prasekolah dapat menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Prasekolah.