Halwa Telinga 2

Wednesday, April 27, 2011

Persembahan nasyid sempena MTQ peringkat Zon Kalabakan 2011


Lagu Nasyid " Doa-doa" download dari youtube ihsan Cikgu Lutfi, Cikgu Effe, PPM dan murid2 yang sangat bekerjasama heheheheheh


Friday, April 15, 2011

Majlis perpisahan sedara kami (PPM) Maraini....




Majlis perpisahan (Aini) n sambutan hari jadi (Diya) meriah meriah.... huhuu makanan pun meriah huahauhau............

Aktiviti Prasekolah selepas makan.....






Aktiviti yang paling digemari murid pra hehhee.....

Friday, March 18, 2011

Temanku Remaja.....


As-Salam...

Rancangan Al Kuliyyah kemarin 18 Mac 2011 membincangkan isu remaja dan hubungan dengan ibubapa.... Rugi sapa tak tengok....

Antara intipati isu yang dibincangkan dan menarik untuk dikongsikan bersama ialah 7P + 3A..... Eh! apa tu.... mesti korang tertanya-tanya dan WAH! mesti best tu.... 7P + 3A ni mesti/WAJIB ada pada diri ibubapa masa kini.

Oklah, straight jak. 7P iaitu =

P= Perhatian (Anak-anak kita perlukan perhatian yang lebih dari ibubapa. Jadi sebelum dia minta perhatian dengan orang lain maka ibubapa adalah orang pertama yang perlu memberikan perhatian sepenuhnya pada anak2.)

P= Pujian & Pelukan (Anak2 sebenarnya mengharapkan pujian daripada ibubapa. Setiap kali mereka balik dari sekolah, ibubapalah yang wajib bartanya apa yang berlaku pada anak2 semasa di sekolah. Jangan dibiarkan anak2 balik dari sekolah tanpa ada ransanngan dari anda untuk menaikkan semangat anak2 untuk pergi ke sekolah lagi ke esokkan harinya. Semua ini bermula se awal anak2 di peringkat tadika lagi. Jangan berhenti memberikan pujian setiap apa yang di lakukan oleh anak2, seterusnya setiap pujian mestilah disertai dengan pelukan, kerana anak2 akan merasa diri mereka diberi perhatian oleh anda.

P= Pendidikan (Anak2 haruslah diberikan pendidikan, jangan dibiarkan mereka lalai dalam mengingati pendidikan. Dalam memberikan pendidikan kepada anak2 ada 3 perkara yang perlu dititikberatkan iaitu 3A. A= Agama ( Tahap pendidikan yang paling penting yang akan mencorakkan keperibadian Ilmu dunia dan akhirat anak2.) A= Akhlak (Pendidikan ini yang akan mengajar dan membentuk tahap sosial anak2, sekiranya pendidikan ini tidak diberikan sewajarnya maka wujudlah masalah remaja lari dari rumah, khalwat, sumbang mahram, buang anak dan sebagainya.) A= Akademik (Pendidikan disekolah tentang ilmu dunia dan ilmu2 lain yang akan menentukan masa depan anak2)

P= Pukulan (Hukuman) (Tindakan ini harus juga dilakukan untuk mengingatkan anak2 bahawa ada tindakan salah wajar dikenakan hukuman peringatan. Untuk peringatan sahaja, bukannya mendera)

P= Perhati (Perhati buku sekolah anak2, mesej handphone, laman web yang dilayari anak2, siapa kawan2nya dan sebagainya. Bukan menyekat tetapi perhati dan tegur sekiranya ada yang terpesong.)

P= Penghargaan ( Anak2 mesti diberikan pengahargaan untuk meningkatkan motivasi diri. Sekiranya dia berjaya dalam sesuatu, bagilah sedikit penghargaan supaya anak2 tidak berfikir yang bukan2 dan apa yang dilakukannya itu ada penilaian yang positif dari ibubapa.)

P= Pujukan ( Ibubapa mestilah pandai memujuk anak2 setiap kejadia yang berlaku itu ada hikmahnya....)

Bersambung............................

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Tahun Baru..... 2011

Salam semua.... seperti awal2 tahun kebiasaannya, bila dah tahun baru, awal2 persekolahan. Ada bermacam2 karenah murid... Bagi murid yang telah bersekolah seawal 5 tahun d PraSkUt ok lah, semua lagaknya macam senior hehehehe.....

Tetapi bagi yang baru sahaja mendaftar sekolah, atau berpindah dari Tabika Kemas, Pasti, PLK dan macam2 lagi... Pastilah mata bergenang dengan air mata. Yang hero, tahan lasak maintain je macam biasa, yang anak bongsu, baru bersekolah huhuhuhuhu...... macam2 karenah... ada yang menangis berpelukan dgn ibu, ada yang malu2 kucing (ni ok lagi) yang paling ekstrem diam2 blur hihihihihihi......

Tapi kami Guru2 dan PPM dengan 100% tenaga akan berusaha melayan karenah awal pembelajaran mereka di sekolah. Minggu pertama boleh lagi ibu2 bapa2 yang anaknya manja sangat2 tu di temankan dalam kelas, masuk minggu ke 2, ibu2 bapa2 kena memerhati anak2 mereka di luar kelas sahaja. Minggu ke 3 Ha!! ibu2 bapa2 kena duk luar pagar, kalau sanggup lah, menunggu anak2 mereka. Tetapi alhamdulillah!!! ada murid2 yang cepat berdikari. Ada juga yang degil huhuhuh SABAR je lah....

Tapi apa2 pun, banyak kenangan manis bila musim persekolahan tahun baru. Semuanya akan dikenang sampai bila2...... Insya Allah....