Halwa Telinga 2

Thursday, June 3, 2010

Tafsir Kejayaan Pada Diri Kita Pembentuk Sinar Motivasi Kita

Mungkin sekarang ini Anda memasang niat mahu berjaya. Dalam fikiran saya, saya andaikan Anda sekarang orang yang sudah bekerja, bukan lagi student.

Bekerja bagi saya, termasuklah yang berniaga sendiri tak kiralah apa jua jenis perniagaan yang Anda lakukan. Asal Anda bekerja mencari rezeki, cari duit, maka Anda adalah orang bekerja.

Kejayaan bagi orang yang bekerja berbagai tahap, terpulang pada mindset masing-masing. Ada orang bekerja menakrifkan kejayaan sebagai satu tahap di mana dia berjaya memiliki kereta berjenama yang mahal, rumah tinggi harganya, jumlah pendapatan yang besar jumlahnya.

Ada orang, kejayaan baginya adalah kejayaan dapat membina insan-insan lain di bawah bimbingannya mencapai tahap berjaya. Orang sebegini sanggup bertungkus-lumus membina kejayaan insan lain kerana mereka sedar kejayaan mereka sendiri terletak di dalam kejayaan insan yang dibentuk oleh mereka.

Kejayaan jenis sebegini saya panggil kejayaan holistik atau disebut kejayaan spiritual. Kita mensasarkan kejayaan bukan untuk memiliki harta benda tapi membuat orang lain memiliki harta benda idaman mereka. Inilah kejayaan yang makin berkembang dair satu tahap ke tahap yang lain.

Sebelum & Selepas.....



Ruang Makan Pra Sbelum Dan Selepas.... Adalah perubahan yang menyedapkan mata memandang hehehehe....